Tanaman Penghalau Nyamuk

Mungkin ada pemilik kucing di luar sana mempunyai masalah yang sama dengan DC. Kepada mereka yang mempunyai rumah kucing (cat house) atau sangkar kucing yang diletakkan di luar rumah, sama ada di pekarangan atau di halaman rumah, sedikit sebanyak tentu merasa bimbang dengan haiwan kesayangan kita tu digigit nyamuk.

Pernah DC cuba menggunakan pelbagai jenis ubat nyamuk dari jenis seperti diffuser, vapouriser, lingkaran, gel dan penyembur berasaskan air untuk menghalau nyamuk di sekitar sangkar dan rumah kucing.

Pertama kali gunakan ubat nyamuk jenis lingkaran ni, habis berbau depan rumah! Serik dah

Ini percubaan kedua DC – tetapi tak berapa berkesan juga.. 

Ini yang selalu DC guna – jenis waterbased
Tentu pemilik kucing sedia maklum ke semua produk di atas sedikit sebanyak mengandungi bahan kimia yang merupakan toksik kepada kucing.  Akhirnya DC beralih ke cara yang lebih selamat – iaitu ke arah menghijaukan alam sekitar. Mendapatkan tanaman penghalau nyamuk :).
Setelah hampir 2 minggu mencari, akhirnya rakan2 sepejabat DC berjaya mendapatkannya. (Sendiri cari tak jumpa walaupun di tempat2 tapak semaian – nursery).

Pelargonium citrosa atau lebih dikenali sebagai Geranium Wangi

Pokok ini merupakan salah satu jenis pokok penghalau nyamuk. Ia tidak berbunga dan amat terkenal sebagai penghasil minyak Citronella. Dari hasil penyelidikan, 4% dos daun Pelargonium Citrosa boleh membunuh 98% larva nyamuk. Ia juga berkesan untuk menghalau nyamuk dewasa.

Warna dau hijau muda dan bergaris-garis
Tanaman ni kadangkala dipanggil pokok lima jari. Ia berbentuk rumpun dan boleh mencapai ketinggian 1 meter.  Selalunya tanaman ini ditanam di dalam pasu atau ditanam ditanah untuk menghasilkan tanaman dan sesuai hidup ditempat redup.

Tanaman ini bukan sahaja boleh diletakkan di luar rumah malah juga di dalam rumah untuk menghalau nyamuk.  Letakkan mengikut cara seperti di bawah :

..di tingkap rumah ATAU

.. di tepi pintu rumah 

Angin yang keluar masuk akan menggoyangkan tanaman ini dan bau citronella akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya.  Aroma citronella ini tidak disukai oleh nyamuk.

Kalau tak ada angin, gunakan kipas angin untuk menyebarkan bau citronella dari tanaman ini.

Jika kita gunakan tanaman ini di dalam rumah, sesekali kita kena keluarkannya untuk mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi.  Namun ia juga tidak boleh didedahkan secara terus dari sinaran matahari terik.

Sesetengah orang menggunakan tanaman pelorgium ini dengan cara meramas daunnya dan sapukan pada anggota badan untuk menjauhkan nyamuk. 

Antara produk yang dapat dihasilkan dari pelargonium citrosa

Sebenarnya terdapat beberapa lagi jenis tanaman atau pokok penghalau nyamuk seperti pokok zodia -dikatakan paling berkesan untuk menghalau nyamuk. Hasil ujikaji menunjukkan daun zodia berkeupayaan untuk menghalau nyamuk selama enam jam dengan 70 % daya perlindungan. 

DC tengah cari pokok ni pulak…

Antara pokok penghalau nyamuk yang lain ialah pokok selasih (basil), rosemary, marigold dan pokok serai wangi (bukan serai biasa) dan pokok bunga tahi ayam 🙂

Terima kasih tidak terhingga pada sahabat2 – Abas dan Eta yang membantu DC dalam mencari pokok2 penghalau nyamuk! 

sumber :

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *