Petua Mencegah Kurap atau Fungus Kucing

Ringkasnya, kurap (ringworm) yang terdapat pada kucing atau anjing merupakan sejenis penyakit kulit berjangkit yang dibawa oleh kulat (fungus) dikenali sebagai dermatophytes.  Tempat2 yg sering dijangkiti ialah di muka – terutama di kelopak mata dan bawah dagu, telinga, ekor dan kaki atau tangan kucing.

Rawatan Kurap Kucing

1. Rawatan topikal/luaran – menggunakan gel, minyak atau krim anti-fungal  yang ada di jual di petshop atau klinik veterinar.  Pastikan kita memakai sarung tangan sebelum menbuat sapuan ke atas kurap.

Antara ubat topikal yang dikatakan mujarab merawat kurap

Shampu berubat – secara mandian
2. Rawatan Oral – kaedah rawatan ini digunakan apabila jangkitan kurap agak teruk dan tidak lagi dapat dirawat mengunakan rawatan topikal/sapuan. Ubat-ubatan adalah berbentuk tablet, kapsul dan suntikan.

Contoh ubat-ubatan rawatan oral yang sering dibekalkan oleh Vet
3.  Rawatan ‘home remedies’ – Ada di antara kita yg tinggal di tempat yg jauh dr kemudahan mendapatkan perkhidmatan veterinar.  Oleh sebab itu, rawatan seperti ini dilihat sebagai satu percubaan terbaik merawat si Comel. Untuk rawatan di rumah, kita disarankan  memasang e-collar pada kucing untuk mengelakkan dari mereka menjilat sapuan.

Tak ada e-collar? Pinggan kertas pun berguna juga! ๐Ÿ™‚

Gambar dari Tarte & Fru Fru

Cuka Apple Cider dan Air  – Cairkan 1 sudu besar cuka dengan 1 cawan air biasa. Sapukan pada kurap sebanyak 2x sehari. Pastikan kita memakai sarung tangan untuk mengelakkan dari dijangkiti kerana kurap boleh dijangkiti melalui udara.

Cuka Apple Cider dari syarikat jualan langsung, Cosway
Secara homeopati – dengan campuran herba Bacillinium, Berberis, Chrysarobinum and Sepia.

Menumbuk herba
Ada juga yg menyarankan kita menyapu betik atau bawang putih yang telah dikupas ๐Ÿ™‚  Bagaimanapun, kita tidak digalakkan menggunakan Tea Tree Oil dan cecair peluntur kerana ia sangat merbahaya pada kucing.
Ada lagi 1 petua yang diamalkan oleh orang2 Melayu iaitu dengan menyapu minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan (bukan minyak panas).  Sejauh mana keberkesanannya tidak lah diketahui tetapi tidak salah kalau nak mencuba kan?.
4. Pemakanan/Diet  – ia memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan keseluruhan seekor kucing. Pemakanan kucing perlu seimbang dan mengandungi protin, karbohidrat dan lemak sihat.  Ikan sgt penting pada kucing, sbb ia mempunyai asid omega-3 fatty untuk memelihara kulit dan bulu kucing.  Tablet atau gel tambahan (supplements) boleh didapati di petshop seperti Brewers Yeast.

Supplement Brewers Yeast

Petua Mencegah Kurap Kucing

Sebenarnya inilah petua yang DC ingin kongsikan bersama sejak dahulu lagi tapi agak keberatan kerana dibimbangi mendapat bantahan oleh mereka yg begitu mengambil berat dengan  alam sekitar dan kesihatan kucing itu sendiri.

semburan ubat nyamuk berasaskan air (water-based)
Ini berdasarkan pengalaman DC lebih kurang 2-3 tahun dahulu, yg kerap kali berjumpa vet kerana kucing2 asyik dijangkiti kurap silih berganti.  Hingga di depan klinik pun ada yg menegur dgn soalan2 yg kdg kala menyakitkan hati seperti – “Rumah kotor ke?”, “Rumah awak ni banyak tikus ke?” “Kenapa jumpa Vet, guna minyak lebihan gorengan ikan kan senang? tak payah jumpa vet, buang duit je.”
Vet pun agaknya dah perasan sebab selang 2 minggu DC berjumpa dengannya, hinggakan dia sangka DC tak kuarantin kucing2 yg dah dijangkiti kurap dan menyarankan DC berhenti dari adopt kucing jalanan kalau tak pandai jaga.
“Saya dah buat macam2 dah Doc, guna antiseptik, klorox, anti kuman untuk bersihkan rumah dan kandang kucing tapi masih ada yg kena kurap. Saya dah tak tau nak buat macam mana.” adu DC pada vet.

Its very easy!. dont use all that, just use water-based mosquito spray. After u have cleaned everything, just spray it all over your cages, outside the house or even in your house. But pls make sure there’s no cat around.”  DC renung lama jugak vet tu, dia ni nak mengusik ke atau ckp betul2 haha!
Percaya atau tidak sejak DC amalkan spray setiap minggu selepas bersihkan kandang, sejak hampir 2 tahun tidak ada lagi kurap hinggap kucing2 DC ๐Ÿ™‚

SUMBER RUJUKAN:

http://darlene-cheek.suite101.com/home-remedies-for-ringworm-in-cats-a16737

http://www.ehow.com/info_7973128_skin-fungus-remedies-cats.html

Tanaman Penghalau Nyamuk

Mungkin ada pemilik kucing di luar sana mempunyai masalah yang sama dengan DC. Kepada mereka yang mempunyai rumah kucing (cat house) atau sangkar kucing yang diletakkan di luar rumah, sama ada di pekarangan atau di halaman rumah, sedikit sebanyak tentu merasa bimbang dengan haiwan kesayangan kita tu digigit nyamuk.

Pernah DC cuba menggunakan pelbagai jenis ubat nyamuk dari jenis seperti diffuser, vapouriser, lingkaran, gel dan penyembur berasaskan air untuk menghalau nyamuk di sekitar sangkar dan rumah kucing.

Pertama kali gunakan ubat nyamuk jenis lingkaran ni, habis berbau depan rumah! Serik dah

Ini percubaan kedua DC – tetapi tak berapa berkesan juga.. 

Ini yang selalu DC guna – jenis waterbased
Tentu pemilik kucing sedia maklum ke semua produk di atas sedikit sebanyak mengandungi bahan kimia yang merupakan toksik kepada kucing.  Akhirnya DC beralih ke cara yang lebih selamat – iaitu ke arah menghijaukan alam sekitar. Mendapatkan tanaman penghalau nyamuk :).
Setelah hampir 2 minggu mencari, akhirnya rakan2 sepejabat DC berjaya mendapatkannya. (Sendiri cari tak jumpa walaupun di tempat2 tapak semaian – nursery).

Pelargonium citrosa atau lebih dikenali sebagai Geranium Wangi

Pokok ini merupakan salah satu jenis pokok penghalau nyamuk. Ia tidak berbunga dan amat terkenal sebagai penghasil minyak Citronella. Dari hasil penyelidikan, 4% dos daun Pelargonium Citrosa boleh membunuh 98% larva nyamuk. Ia juga berkesan untuk menghalau nyamuk dewasa.

Warna dau hijau muda dan bergaris-garis
Tanaman ni kadangkala dipanggil pokok lima jari. Ia berbentuk rumpun dan boleh mencapai ketinggian 1 meter.  Selalunya tanaman ini ditanam di dalam pasu atau ditanam ditanah untuk menghasilkan tanaman dan sesuai hidup ditempat redup.

Tanaman ini bukan sahaja boleh diletakkan di luar rumah malah juga di dalam rumah untuk menghalau nyamuk.  Letakkan mengikut cara seperti di bawah :

..di tingkap rumah ATAU

.. di tepi pintu rumah 

Angin yang keluar masuk akan menggoyangkan tanaman ini dan bau citronella akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya.  Aroma citronella ini tidak disukai oleh nyamuk.

Kalau tak ada angin, gunakan kipas angin untuk menyebarkan bau citronella dari tanaman ini.

Jika kita gunakan tanaman ini di dalam rumah, sesekali kita kena keluarkannya untuk mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi.  Namun ia juga tidak boleh didedahkan secara terus dari sinaran matahari terik.

Sesetengah orang menggunakan tanaman pelorgium ini dengan cara meramas daunnya dan sapukan pada anggota badan untuk menjauhkan nyamuk. 

Antara produk yang dapat dihasilkan dari pelargonium citrosa

Sebenarnya terdapat beberapa lagi jenis tanaman atau pokok penghalau nyamuk seperti pokok zodia -dikatakan paling berkesan untuk menghalau nyamuk. Hasil ujikaji menunjukkan daun zodia berkeupayaan untuk menghalau nyamuk selama enam jam dengan 70 % daya perlindungan. 

DC tengah cari pokok ni pulak…

Antara pokok penghalau nyamuk yang lain ialah pokok selasih (basil), rosemary, marigold dan pokok serai wangi (bukan serai biasa) dan pokok bunga tahi ayam ๐Ÿ™‚

Terima kasih tidak terhingga pada sahabat2 – Abas dan Eta yang membantu DC dalam mencari pokok2 penghalau nyamuk! 

sumber :

Melatih Kucing Bersenam

Sering kita berasa puas bila melihat kucing kita gemuk dan manja. Tetapi tahukah kita keadaan itu boleh memendekkan hayatnya? Gemuk mengundang obesiti, iaitu pengumpulan lemak berlebihan dalam badan yang boleh membawa masalah kesihatan. Cara terbaik mengatasinya? Tentulah dengan bersenam ๐Ÿ™‚

Boleh ke kita melatih kucing membuat senaman seperti ini?

Atau begini?
Bagaimana kucing menjadi gemuk?
Melalui pengalaman DC, kucing menjadi gemuk kerana :
  • melalui pemakanan yang tidak seimbang – Sesetengah dari pemilik kucing, bila melihat mangkuk makanan haiwan kesayangan kita itu kosong, kita segera memenuhkannya dengan makanan kesukaannya. Atau, setiap kali kucing kita datang dan bersikap manja dengan kita, kita beranggapan dia lapar. Keadaan yang berterusan akan menjadikan kucing kita gemuk sedangkan diet makanan kucing yang seimbang ialah mengikut waktu dan kadar yang diperlukan sahaja.
  • dikurung dalam jangka masa yang lama – Tidak dinafikan sesetengah pemilik kucing mengurung kucing kerana sebab2 seperti ruang rumah yang sempit, keadaan di luar rumah tidak selamat, mengganggu jiran, bulu yang sering gugur dan menyukar kita membersihkan seluruh rumah. Kucing yang dikurung, jika tidak dilepaskan pada waktu-waktu yang seharusnya, akan mudah menjadi gemuk kerana kurang senaman. Apatah lagi jika sangkar tersebut terlalu sempit untuk kucing bergerak atau meluruskan badan (stretching).
  • Sebab-sebab umum – (Sebab ke-3 ini bukanlah dari pengalaman DC, tetapi hasil dari pencarian internet) Terdapat peningkatan bukti seperti stres, genetik, virus yang menyerang dan faktor2 persekitaran juga memainkan peranan mengapa kucing boleh menjadi gemuk.  Para saintis, umpamanya mencadangkan jika kita membiarkan lampu di pasang pada malam hari juga boleh membuat bukan sahaja haiwan seperti kucing dan tikus, malah manusia juga menjadi gemuk!
Tips melatih kucing bersenam

Perlu diingatkan, senaman mereka bukan sahaja apabila mereka telah dijangkiti obesiti, tetapi perlu di amalkan selalu sebagai langkah pencegahan.  Berikut ialah beberapa tips dan cara kita boleh mengajak kucing2 bersenam.

  • Berpasangan

Sesetengah kucing tidak akan bersenam sendirian. Oleh itu mulakan dengan 2 ekor kucing. Mereka akan bersenam secara tidak langsung dengan cara mengejar antara satu sama lain dan juga bergusti (wrestling) setiap hari.

bergusti
  • Cat Tree/Cat Tower

Ruang yang bertingkat, keluasan kawasan sembunyi dan warna pada Cat Tree/Cat Tower menjadikan permainan kucing lebih menarik. Mainan kucing (toys) dan treats jika diletak di beberapa sudut Cat Tree/Cat Tower dapat memberi galakan untuk kucing memanjat dan seterusnya bermain.

  • Mainan kucing (toys)

Antara strategi melatih mereka bersenam ialah menempatkan lebih banyak mainan kucing. Kita tak perlu membeli toys yang mahal, Hanya barangan biasa di rumah seperti benang kait, bola ping pong, spool benang yang kosong, dan tali sudah memadai ๐Ÿ™‚

  • Kepungan gelanggang

Sediakan kepungan besar untuk membuat gelanggang kucing bermain (bergantung pada saiz kucing). Sama ada kepungan tersebut diperbuat dari kadbod atau kita boleh juga gunakan bath tub di bilik air. Letak bola yang boleh memantul seperti bola pingpong atau bola hoki. Kucing akan bersenam dengan cara mengejar bola tersebut dan ketika ini kita boleh lihat pelbagai aksi menarik mereka.

  • Laser

Antara cara yang paling mudah dan enjoy ialah bermain dengan laser. Pastikan tiada benda tajam atau mudah pecah sebelum kita mulakan permainan laser ini dengan kucing. Halakan laser ke dinding dan kita boleh lihat kucing akan mengikuti pergerakan laser dan bergerak lebih pantas dari biasa.  Lebih menarik letak toys dan halakan laser tersebut ke arah toys.

  • Wand Teaser (toys)

DC pasti semua kucing suka dengan permainan teaser ni.  Boleh didapati di semua pet shop dan kita juga boleh membuatnya sendiri menggunakan kayu atau buluh yang panjang dan diikat di hujungnya dengan tali. Di hujung tali kita letak sesuatu seperti bulu ayam berwarna warni atau riben untuk menarik perhatian mereka. Lakukan aktiviti ini di tangga atau turun naik kerusi untuk kucing bersenam.

  • Catnip

Terdapat dalam bentuk serbuk atau semburan (spray) yang boleh dibeli di kedai dan kita juga boleh gunakan tumbuhan segar pokok kucing galak yang diambil dari tanah.  Letak serbuk catnip atau spray di mainannya dan biarkan.  Atau berikan saja pokok galak kucing untuk mereka bersenam sendirian. Namun cara ini tidak dapat kita lakukan sepenuhnya kerana tidak semua kucing suka atau memberi respon dengan catnip.

  • Menggunakan treats

Sembunyikan treats di tempat yang sukar kucing kita temui tetapi dapat dihidu dengan jelas. Kucing akan berusaha mendapatkannya. Sebagai contoh, masukkan treats ke dalam kotak besar yang diikat atau ditutup kemas, dan buatkan satu lubang kecil bagi membolehkan kucing menghidu. Kita boleh lihat si Comel akan memanjat, menendang, melompat untuk cuba mendapatkan treats dalam kotak tersebut.  Kita boleh juga masukkan ke dalam bola mainan yang mempunyai lubang halus. Tentu si Comel akan mengejar dan menggigit bola tersebutkan?

  • Treadmill

Bagi mereka yang berkemampuan, cuba la menempah atau beli treadmill khas untuk si Comel. Perlu diingat latihan menggunakan treadmill ini harus dimulakan sejak si Comel dari kecil.  Penerimaan kucing dewasa terhadap treadmill agak kurang. Latihan di treadmill memerlukan pengawasan (supervision) dari kita.

  • Outdoor

Cara yang paling mudah ialah melepaskan kucing kita berjalan di luar rumah atau di taman. Gunakan leash dan harness bagi mengurangkan risiko ketakutan si Comel.  Pada awalnya, mungkin si Comel akan bersikap menentang tetapi jika kita praktikkan setiap hari, si Comel pula yang mengajak dan menarik anda untuk keluar rumah!  DC punya sahabat yang mengalami keadaan ini. Jika dia tidak keluar rumah pada waktu petang, kucingnya akan gelisah dan asyik mundar mandir, membuat bising sambil merenung tingkap!

Tips Elak Kucing Menganggu Tanaman/Halaman Sendiri/Jiran

DC kerap dihujani pertanyaan bagaimana nak atasi masalah kucing mengganggu tanaman rumah dan lebih malang lagi di taman atau halaman rumah jiran. Sebagai pemilik kucing, dan tinggal di bandar, mendiami rumah bertanah, DC juga tak dapat lari dari masalah ini. Biarpun setinggi mana pagar rumah kita pasang, kucing dewasa tetap boleh memanjat, melompat keluar dan bertandang ke rumah jiran, Masalah akan berterusan, jika kucing tersebut meninggalkan โ€˜jejak berbauโ€™. Kucing seperti ini lebih merujuk kepada kucing baka domestic atau kucing tanpa sijil (non-pedigree).

Di sini DC senaraikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu. Mungkin tips ini tidak berkesan 100% tetapi sekurang-kurangnya diharap dapat membantu mengurangkan masalah anda.J

kucing betina selepas dikembirikan (spayed)

Kembiri atau kasikan kucing

Umum mengetahui, kucing yang tidak dikembiri kerap menimbulkan masalah seperti kencing (spray) untuk menanda kawasan, mempunyai keinginan mengawan dan mencari pasangan di luar rumah. Pergerakan dan pergaulan kucing yang telah dikembirikan lebih terkawal dan dapat mengurangkan risiko di atas.

Latih kucing anda menjadi โ€˜indoor catโ€™

Lazimnya, selepas kucing dikembiri, mereka mudah menjadi kucing jenis indoor, iaitu kucing yang tidak lagi suka berlegar di luar rumah. Namun tidak semua kucing boleh dilatih kerana habitat mereka yang semulajadi.

Sangkar kucing

Kurung kucing anda di dalam sangkar atau kandang kucing dan lepaskan pada waktu2 tertentu di bawah pengawasan anda. Anda juga boleh membina rumah kucing (cat house) sekiranya mempunyai jumlah kucing yang banyak.

DC gunakan kaedah begini di rumah untuk kucing2 yang dilepaskan..

Sediakan litter box

Satu litter box khas atau ruangan berpasir perlu disediakan di halaman rumah anda. Pastikan kebersihan litter box atau bahan โ€˜buanganโ€™ kucing di pasir dibuang selalu. Jika tidak, kucing anda akan beralih arah ke tempat baru yang lebih menarik dan bersih โ€“ seperti di halaman rumah jiran anda!

Ubat gegat (moth balls)

Anda nampak ubat gegat di sekeliling rumah jiran anda. Kenapa dia buat macam tu?  Bagi pemilik kucing yang paham, tentu tahu punca dia berbuat demikian. Pastinya dia tak mahu kucing anda masuk ke halaman rumah mereka! Ubat gegat dikatakan mujarab untuk menghindar kucing datang ke kawasan tersebut. Ia dihancurkan kasar dan diletakkan di atas tanah atau ditanam cetek. Kucing yang tegar akan datang juga ke kawasan yang diletakkan ubat gegat 2-3 kali sebelum dia melangkah buat kali terakhir.

Tetapi cara ini tidak digalakkan kerana ubat gegat adalah toksik kepada kucing!

Campuran serbuk lada (cayenne pepper)

Terdapat beberapa cara yang lebih selamat dari menggunakan ubat gegat. Sesetengah kucing tidak suka dengan sesetengah bau. Kita boleh cuba membuat campuran berikut – 2 bahagian serbuk lada, 3 bahagian mustard kering dan 5 bahagian tepung. Taburkan campuran ini di kawasan yang anda tidak mahu kucing dekati. Ulangi jika berlakunya hujan kerana hujan yang turun akan menghilangkan campuran tersebut.

kayu manis – antara bauan yang tidak digemari kucing

Anda boleh juga boleh basahkan span (sponge) atau kapas dengan perahan buah lemon (bukan limau nipis ye) atau minyak lavender, minyak rosemary, minyak serai atau serbuk kayu manis (cinnamon) dan letak di bawah pasu bunga atau batu hiasan di halaman rumah.

Menanam pokok serai juga boleh menjauhkan kucing dari  kebun tanaman

Menanam pokok herba

Cara ini lebih selamat, mudah dan dikatakan berkesan menjauhkan kucing dari mengganggu tanaman atau halaman anda mahupun di rumah jiran. Terdapat pokok herba yang tidak digemari kucing seperti lavender, pokok ru, geranium, serai (citronella) atau lemon.

Antara jenis pokok berduri

Pokok berduri

Tanam pokok berduri di sekeliling tanaman anda atau letak ranting berduri di dalam pasu tanaman anda.

Ranting kayu berduri – letak di dalam tanaman berpasu

serbuk teh yang telah digunakan

Serbuk Teh

Kucing dikatakan tidak gemar pada serbuk teh. Jadi, mulalah kumpul serbuk teh yang telah anda gunakan dan taburkan di atas tanah halaman rumah anda mahupun di dalam pasu pokok bunga anda! Sebaik-baiknya gunakan teh rosemary kerana bau rosemary tidak disukai kucing.

Batu sungai (pebbles)

Susun batu sungai atau batu granit yang besar di atas tanah halaman anda atau di dalam pasu pokok bunga anda. Cara ini pasti menyukarkan tindakan kucing menggali tanah tersebut untuk melepaskan hajat.

Pagar berdawai halus

Jika tiada pilihan pasang pagar ‘reban ayamโ€™ di keliling pasu bunga atau kawasan tanaman anda.

Water sprinkler

Bagi mereka yang berkemampuan boleh lah memasang alat perenjis di taman yang dikawal secara auto menggunakan motion sensor. Cara ini bukan sahaja menjauhkan kucing tetapi juga pencuri atau penceroboh J

Berkomunikasi dengan jiran

Hubungi atau semuka jiran anda secara sopan dan mesra. Sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab, tawarkan bantuan kepadanya walaupun kucing anda belum lagi membuat hal di halaman rumah mereka sebagai langkah berjaga-jaga. Dapatkan kerjasama dan beri solusi yang terbaik demi menjaga kejiranan anda.

Begitulah beberapa tips yang dapat DC senaraikan. Terdapat banyak juga kaedah lain yang  kebanyakkannya merujuk kepada bau yang tidak digemari kucing seperti spray lemon atau beli sahaja di kedai haiwan.  Namun ada juga cara yang dibuat, membuatkan DC tersenyum sendiri seperti gambar di bawah ๐Ÿ™‚

Cara Kenali Usia Anak Kucing

DC kerap menerima pertanyaan bagaimana kita nak tentukan usia anak kucing. Sebenarnya cara yang terbaik ialah bertanyakan pada Vet. Namun kita boleh juga menentukannya sendiri melalui pengalaman. Untuk lebih tepat, DC buat beberapa pencarian (searchings) dalam laman web mengenai perkara ini. Berikut ialah secara ringkas panduan dan rujukan yang DC ingin kongsi bersama pembaca ๐Ÿ™‚

1 – 3 hari

  • Berat setiap ekor di sekitar 90 -100 grams sebaik-baik sahaja dilahirkan. Berat anak kucing bertambah purata 10 gram sehari. 
  • Tali pusat (umbilical cord) masih belum tanggal.

Berusia 1 hari (Gambar: Omey)

7-10 hari

  • Mula membuka mata dan selalunya di hari ke-10 mata boleh dibuka sepenuhnya.
  • Mata berwarna biru atau kelabu. Anak mata (iris) besar dan pandangan mereka kabur.
  • Kelopak telinga bersifat ‘layu’ atau agak menutup lubang telinga.
  • Kita sudah boleh jangka jantina bergantung pada tumbesaran mereka.

Perhatikan warna mata anak kucing yang kebiruan ini 

(Gambar: Jerry dan Demok)

2-3 minggu
  • Berkeupayaan berdiri tapi tidak stabil pergerakannya
  • Lubang telinga mula ‘terbuka’ dan kelopak telinga mula membuka.
  • Terbitnya gigi susu berwarna putih. Akan kelihatan 4 batang gigi kacip hadapan (incisors) – mula tumbuh (di antara taring). Ianya bersifat jarang atau tidak rapat.
  • Deria bau agak jelas. Anak kucing boleh hissing bila kita dekatinya.

anak kucing hissing

3-4 minggu

  • Kelihatan gigi taring (gigi susu) mula tumbuh

Gigi taring

4 – 5 minggu

  • Gigi geraham bawah (lower molar) akan tumbuh
  • Sudah mula makan makanan lembut (wet food)
  • Belajar minum dengan sendiri
  • Berdiri dengan stabil
  • Mula bermain dan explore keadaan sekeliling.
  • Mula mengenali pasir kucing. Berhati-hati menyediakan pasir kucing sebab,  ketika usia ini anak kucing cenderung untuk makan apa saja. Gunakan pasir jenis kayu atau kertas (wood/paper litter). Jauhkan penggunan jenis tanah liat menggumpal (clumping clay).
  • Sudah boleh mula membersihkan diri sendiri

Belajar minum dengan sendiri

(Gambar: Omey)

4 minggu – mula berjinak dengan pasir kucing

(Gambar: Oyen)

6-7 minggu

  • Warna mata bertukar ke warna kuning atau hijau atau biru sepenuhnya mengikut baka.
  • Aktif dan sudah boleh berlari dan melompat dengan stabil.
  • Sudah boleh buang najis dengan sendiri.
  • Di peringkat ini, anak kucing telah dapat  membiasakan diri dengan manusia selain ibunya.

Usia 7 minggu – Aktif! Tengok hidung yang basah kerana  kerap bermain.

Lihat juga anak mata yang hampir bertukar sepenuhnya ke warna kehijauan (Gambar: Omei)

8 minggu (2 bulan)

  • Gigi geraham atas akan tumbuh

Gigi susu anak kucing berusia 2 bulan. Perhatikan gigi tersebut yang bersifat jarang

3.5 – 4 bulan (14-16 minggu)

  • Gigi kacip hadapan akan bertukar ke gigi kekal yang bersifat rapat (tidak jarang) dan berwarna offwhite (bukan putih bersih)

Carta gigi kucing

Perhatikan gigi kekal kucing dewasa di bawah. Gigi kacip yang rapat dan warna gigi tidak lagi berwarna putih bersih tetapi berwarna kuning air (offwhite)

Secara kesimpulannya, faktor gigi memainkan peranan penting untuk kita menentukan usia anak kucing. 

Rujukan :

http://www.cat-world.com.au/how-to-determine-the-age-of-a-kitten

http://www.rescueguide.com/orphkits.html