Saya pernah digelar ‘ibu kucing’, ‘gila kucing’ malah gelaran ‘fanatik kucing’. Bagaimana dengan anda? Bagaimana karakter orang yang dilabel mcm tu? Anda sememangnya layak mendapat gelaran di atas jika :
- kucing anda boleh buat anda bangun secara otomatik membuka pintu bila kucing tu hanya merenung pintu tu, bukan anda..
- tidak berasa lapar bila membersihkan kucing atau kandang dan perkakas kucing anda…
- marah atau tersinggung bila ahli keluarga bercakap kasar dengan kucing anda (tu belum lagi mereka bertindak kasar seperti menepuk ponggong atau menarik ekor kucing)…
- anda menyiapkan diri untuk ke pet shop sebelum pet shop tu buka kedai…
- membeli keperluan kucing lebih dari ‘keadaan yang diperlukan’, berjenama lak tu…
- sanggup tidur di lantai semata2 kucing anda tidur di katil anda..
- melupakan hasrat nak baca buku/suratkhabar/majalah yg baru anda beli selepas berbaris panjang semata-mata kucing anda sedang kusyuk tidur atas bahan bacaan tu…
- sanggup belajar menaip di pc atau laptop dengan kucing di atas tangan anda atau dengan kucing di atas keyboard pc anda…
- papan
kekucingkekunci (keyboard) penuh dengan bulu kucing.. (tu belum lagi sofa, katil dan seat kereta)… - mempamerkan gambar2 kucing anda sama ada di dinding rumah atau di atas meja hiasan daripada gambar2 anak atau ibu bapa anda..
- pekerja di klinik haiwan/veterinar cam dengan suara anda di dalam telefon..
- pekerja atau tuan punya kedai haiwan begitu manja dan terlebih peramah dengan anda (kalah kucing kat rumah)..
- apa saja topik dan isu yang anda bual dengan rakan2 diselitkan dengan hal kucing..
- anda tidak sengaja memanggil anak atau suami dengan nama kucing anda..
- sanggup tidor dalam posisi menyiksakan atau mengeras sampai ke pagi semata2 tak mau kejutkan kucing yang tidur dengan anda…
- anda give up guna jam loceng untuk bangun tidur sebab kucing anda yg selalu kejutkan anda sebelum jam loceng tu berbunyi
- memberi atau masak untuk kucing2 anda sebelum anda menyediakan sarapan pagi untuk diri dan keluarga…
- rumah anda dianggap ‘boleh menyebabkan kematian serta merta’ oleh orang2 yang alergik dengan kucing…
- anda makan sepinggan dan minum secawan dengan kucing anda.. (kongsi pinggan dan cawan)
- bila balik kerja anda memeluk kucing anda terlebih dahulu sebelum memeluk anak atau suami/isteri..
- buku dan majalah mengenai kucing di rumah anda lebih banyak dari buku2 psl kucing di perpustakaan negara…
- merakamkan apa saja aksi kucing anda dlm bentuk gambar atau video 24 kali sejam (bukan sekali 24 jam)…
- anda wujudkan blog atau webpage tiada lain post melainkan pasal kucing2 dan kucing anda sahaja..
- anda menghias kereta anda sebegini..
- beberapa pemakaian anda menjurus kepada ingatan anda pada kucing, seperti :- (t-shirt tak masuk dlm senarai haha!)
- anda tau keputusan kuiz ini :p –




