URI (Upper Respiratory Infection) – Selsema/Flu/Asthma/Batuk pd kucing

saya dapat flu la mama!
Sebenarnya yang patut jawap soalan ni ialah vet ye adik Omar hehe.. Tp tak apa la, kak DC jawap secara ringkas je sebab banyak info mengenai perkara ini boleh didapati di internet.

Siapa kata hanya manusia yg menghidap selsema dan asthma? Kalau  manusia dikatakan mendapat asthma kerana bulu kucing, mengapa kucing juga mendapat jangkitan yg sama? Ye, kucing boleh dijangkiti selsema /flu atau asthma dari manusia seperti asap rokok, habuk dalam rumah dan kelemumur manusia. Jenis2 pasir kucing yg mengeluarkan byk debu juga menyumbang ke arah serangan asthma dan selsema pd kucing.

URI ni sebenarnya menjurus kepada serangan virus selsema atau flu. Kucing yg telah divaksinkan pun boleh dijangkiti dengan flu. Jangkaan masa serangan flu ialah di antara beberapa hari hingga ke 2 minggu. Jika lebih dari tempoh tersebut, kucing sebenarnya mengalami serangan flu yg teruk dan melemahkan sistem ketahanan/ imun badan.

Tanda2 awal flu pada kucing:

  • Bersin
  • Mata berair
  • Cecair cerah keluar dari hidung
  • Batuk
  • Demam
  • Air liur meleleh
  • Stres/depresi

Mata berair – tanda awal serangan flu

Tanda2 flu yang teruk:

  • Konjuktivitis atau radang mata/pinkeye
  • Radang hidung dan seterusnya luka
  • Mengeluarkan hingus (cecair cerah menjadi likat)
  • Air liur meleleh berlebihan
  • Ulser mulut dan juga pada lidah

konjunktivitis/radang mata/pinkeye

Tanda2 flu yg merbahaya:

  • Kelopak mata tertutup rapat dengan lelehan likat dari radang mata. Jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada mata dan seterusnya buta.
  • Kerosakan pada anak mata, bernanah
  • Tiada selera makan kerana hilang deria rasa (akibat halangan mucus dari hidung)
  • Pneumonia (radang paru-paru)

Cenderung menjadi buta jika dibiarkan..
Rawatan:

  • Asingkan kucing yg mengalami serangan flu dengan kucing2 lain kerana serangan virus ni amat mudah berjangkit;
  • Cegah kucing dari keluar rumah buat sementara waktu bagi mengawal penyakitnya dari lebih parah;
  • Pemberian ubat antibiotik dari klinik veterinar. Antibiotik tidak membunuh virus yg menyebabkan flu tetapi bertindak sebagai rawatan mencegah jangkitan sekunder (secondary infection). Dalam bahasa kasarnya, ia mengelakkan serangan flu itu menjadi lebih teruk kerana virus boleh merosakkan tisu hidung, mata, sinus, mulut dan paru-paru kucing;

  • Pemberian vaksin. Kucing indoor juga perlu diberi vaksin melawan URI kerana virus selsema boleh dibawa melalui udara;

  • Force Feed. Oleh kerana kucing tiada selera makan, kita hendaklah menggunakan kaedah force feed atau memberi makan secara paksaan.  Memandangkan deria baunya yg tidak begitu berfungsi, berilah dia makanan lembut/basah (wet food) yg agak kuat baunya seperti sardin yg mungkin boleh menaikkan selera makannya.

  • Sentiasa bekalkan kucing dengan air bersih dan pastikan dia minum supaya tubuhnya tidak mengalami hidrasi (hydrated)

Serba sedikit rawatan moden dan home remedies yg mungkin boleh membantu:

  • Garam – Lap mata kucing menggunakan bola kapas yang dibasahkan dgn air suam yang telah diletakkan sedikit/kuantiti kecil garam.
  • Vitamin C – Berikan Vitamin C (250 milligrams setiap hari)
  • Bronsyp Syrup

BronSyp Syrup – Ubat selsema yang terdapat di pasaran untuk kucing dan anjing

(Boleh didapati di Dearcats Pet House

  • Inhaler – Merujuk pd link www.ehow.com, terdapat veterinar yang menyarankan penggunaan inhaler manusia diberikan pd kucing dan didapati sangat berkesan.  (Anda diminta mendapatkan nasihat vet dan tidak melakukannya sendiri)

Kucing bernama Bruno mendapat rawatan istimewa menggunakan inhaler bersama tuannya , Anna Dickie

Kisahnya boleh dilayari di moggyblog.com

  • Wap (Steam Bathroom/Vaporizer) – Jika rumah anda mempunya bilik wap, bilik sauna, bawa dan peganglah kucing yg mendapat jangkitan URI selama beberapa minit untuk membuka laluan pernafasannya supaya dia boleh bernafas kembali. Boleh juga menggunakan vaporizer. 

  • Penapis udara (humidifier/air purifier/air filter) jenis HEPA – Penapis udara ini dikatakan boleh menapis kandungan bakteria sehingga 99.9% dari udara dan seterusnya membekalkan udara bersih (bacteria count 0.5 cfu/m3) 

Air Purifier dari Coway (Lombok) ini dikatakan mampu menyaring habuk, allergen dan bulu kucing diudara

Hakikatnya, kita kena ubah lifestyle ke arah yg lebih sihat untuk memastikan kita dan kucing kita tidak mudah dijangkiti URI.  Dgn artikel ni, skrg kita dah tau mcm mana nak detect kalau persekitaran kita tidak bersih, iaitu melalui kucing dan diri kita sendiri kan?.

Harap entri ni memberi serba sedikit pengetahuan kepada adik Omar dan pembaca yg budiman 🙂

RUJUKAN:

http://animals.howstuffworks.com/pets/how-to-treat-common-cat-diseases11.htm

http://kucing.web.id/fakta-tersembunyi-penyakit-flu-kucing/

http://cats.about.com/cs/healthissues/a/uris_in_cats.htm

http://www.ehow.com/list_7213991_cat-flu-home-remedies.html

http://www.ehow.com/about_5085013_feline-home-remedies-sneezing-coughing.html

QnA: Bolehkah kita dijangkiti kutu kucing?

Kali ini DC share sedikit info mengenai persoalan di atas.  Semoga ianya berguna untuk kita semua.
Kutu kucing atau Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah halus yg boleh dijumpai pada kucing. Jangkitan kutu memang memeningkan kita. Tapi, boleh ke manusia dijangkiti kutu kucing?
Secara amnya, kutu kucing tidak dapat hidup pada tubuh badan manusia. Mereka hanya boleh menggigit terutama di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis. Gigitan boleh menjurus kepada iritasi, ruam, alahan dan keradangan.

Warna merah menunjukkan darah yang telah dihisap oleh larva kutu kucing. 

Namun merujuk pada Wikipedia, kutu betina boleh hidup dan bertelur jika mereka boleh menghisap darah selama 12 jam berturut-turut. Pada pendapat DC, kenyataan ini membawa maksud, jika kita tidak merasa gatal hasil gigitan kutu tersebut.  Tetapi secara amnya, ia boleh dielakkan jika dalam masa 12 jam tersebut, kita membersihkan diri atau mandi menggunakan sabun antibakteria.

Rawatan gigitan kutu kucing

Kalau kita nampak ada bintik merah dan terasa gatal di bahagian yang dinyatakan:

  • segera cuci kawasan tu dengan sabun antibakteria;

Antara sabun antibakteria yang terdapat di pasaran.
  • Gunakan air sejuk, kerana dengan menggunakan air panas atau air suam, ia akan memburukkan lagi rasa gatal pada bintik tersebut.
  • Lap kering dgn tuala bersih
  • Sapukan krim hydrocortisone. (Ingat tak lagi DC pernah senaraikan ubat ini dalam First Aid Kit Kucing?) Atau gunakan losyen calamine untuk melegakan rasa gatal tersebut. Menggunakan ice pack juga membantu mengurangkan bengkak pada gigitan kutu. 

Antara produk yg membantu melegakan kegatalan gigitan  kutu kucing
  • Jangan garu sbb ini akan mengalakkan jangkitan bakteria.

Elakkan dari menggaru

Harap info ini membantu 🙂

Rujukan:

http://www.buzzle.com/articles/cat-fleas-on-humans.html

http://www.orkin.com/other/fleas/cat-fleas-on-humans