Jerawat Kucing (Cat Acne)

APA ITU JERAWAT KUCING (CAT ACNE)?

Sering terjadi pada dagu dan bibir bawah kucing (rujuk gambar). Sebum atau kelenjar sebaceous yang berhubung dengan folikel rambut berfungsi menghasilkan minyak untuk melembapkan kulit, mencegah kekeringan dan iritasi. Apabila sebum terhasil berlebihan, ia menyebabkan saluran folikel rambut tersumbat. Ini menyebabkan terjadinya iritasi, bengkak & infeksi dan akhirnya terbentuklah jerawat.

Kedudukan kelenjar sebaceous yang berhubung dengan folikel rambut..

SEBAB2 TERJADINYA JERAWAT KUCING

Punca sebenar bagaimana jerawat kucing boleh terjadi tidaklah diketahui. Bagaimanapun beberapa kemungkinan boleh dikenal pasti seperti berikut:

  • Stres
  • Berdandan berlebihan (excessive grooming) dimana kita terlalu kerap menyikat dan berulangkali membersihkan/mandi kucing.
  • Kurang berdandan (poor grooming) – tidak menyikat langsung (mengharapkan kucing itu sendiri membersihkan badannya) dan jarang/mandi kucing
  • Bekas makanan yang diperbuat dari plastik – Apabila bekas makanan plastik jarang dibersihkan, sifar plastik yang poros mudah memerangkap bakteria atau mikroorganisma dan seterusnya memindah bakteria ke dagu kucing ketika dia menikmati makanannya. Terdapat juga kemungkinan bahawa kucing anda mengalami reaksi alahan pada bahan plastik. 

Mangkuk makanan kucing yang tidak dibersihkan dengan betul!
  • Alahan makanan
  • Diet pemakanan
  • Kurang daya ketahanan tubuh

SIMPTOM

  • Bulu di bawah dagu menipis
  • Kemerahan dan iritasi berlaku pada kulit di bawah dagu
  • Kelihatan noda hitam (blackheads) di bawah dagu yang kelihatan seperti kotoran
  • Berlakunya infeksi sekunder iaitu bengkak yang boleh menyebabkan pendarahan di bawah dagu

Simptom yang parah – pendarahan

RAWATAN & PENJAGAAN

Jika simptom ringan:

  • Dapatkan rawatan secara luaran/topical seperti berikut :
  • Bersihkan dengan lembut menggunakan sabun antibiotik, hidrogen peroksida, iodine (Betadine) atau garam Epsom.

Garam epsom yang boleh didapati di farmasi
  • Krim sapuan Topical Vitamin A
  • Rawatan antibiotic seperti Topical Retinoid(Retin-A 0.01% gel)
  • glukokortikoid topikal (untuk mengurangi peradangan).
  • Bersihkan kulit dengan sabun atau gel yang mengandungi benzoyl peroxide (berbentul gel, ointment atau shampoo) atau klorheksidin mungkin diperlukan

Shampoo haiwan yang mengandungi benzoyl peroxide

Jika simptom yang parah:

Dapatkan rawatan di klinik haiwan. Selalunya vet akan melakukan rawatan seperti berikut:

  • Bulu di sekitar dagu dipotong supaya rawatan dapat dilakukan dgn lebih efektif
  • Pemberian antibiotik oral (untuk merawat infeksi) seperti amoxilin clavulenant, enrofloxacin atau cephalosporin;
  • Oral glukokortikoid seperti prednison untuk rawatan peradangan parah.

TIPS MENGHINDAR JERAWAT KUCING

  • Ganti bekas makananan berunsur plastik kucing ke bahan yang berasaskan seramik, tanah liat/clay atau logam (stainless steel);

Mangkuk Makanan kucing yang berasaskan tanah liat/clay dan logam tahan 

karat (stainless steel) selamat digunakan bagi menjauhi jangkitan jerawat kucing.

  • Berikan mangkuk makanan yang besar dan luas supaya dagu kucing tidak menyentuh bibir atau tepi mangkuk tersebut dan misainya juga tidak bengkok;
  • Bersihkan mangkuk makanan dan juga bekas air setiap hari;
  • Pastikan kucing anda mendapat makanan yang mengandungi zat vitamin dan nutrisi yg lengkap, yang juga mengandungi fatty acid untuk menjaga kesihatan bulunya seperti makanan premium;
  • Bersihkan dagu kucing jika kucing anda jenis kucing yang jarang membersihkan dirinya atau tergolong dari kucing yang berbulu panjang dengan menggunakan tuala lembap.

Gunakan tuala lembap untuk membersihkan dagu dan mulut kucing

 yang kita ketahui  kurang atau malas membersihkan diri.

RUJUKAN:

http://www.cat-world.com.au/feline-acne

http://cats.about.com/cs/healthissues/a/acne.htm

http://www.acne-stop.com/pets-cause-acne.html

http://www.vetbase.co.uk/information/acne-cats.php

http://en.wikipedia.org/wiki/Feline_acne

Perlunya Memberi Ubat Cacing Pada Kucing (Deworm)

Pernah lihat kucing mengheret duburnya ke lantai sambil duduk?  Memang agak kelakar bila kita tengok mereka berada dalam keadaan begitu.  Tapi taukah anda sebenarnya perbuatan seperti itu menunjukkan kucing anda kecacingan dan perlu diberi rawatan.  Duburnya gatal kerana ada pergerakan cacing halus berwarna putih seperti benang di situ.
Antara jenis2 cacing yg sering terdapat pada kucing ialah cacing pita, cacing gelang (roundworms), hookworms dan whipworms. Berikut ialah serba sedikit mengenai cacing yg diperkatakan.
Cacing Pita (tapeworms) – Cacing paling biasa didapati pada kucing. Berbentuk panjang dan pipih seperti pita. Badan bersegmen dimana segmen yg uzur atau tua boleh dilepaskan/putus dan keluar melalui najis. Berwarna putih atau krim. . Boleh mencapai ukuran sehingga 70cm panjang. Bila matang boleh mengeluarkan 5-30 biji telur.  Boleh dibinasakan dengan ubat cacing yg mengandungi Prazyquantel, dichlorphen atau febendanzole.

Cacing pita (tapeworms)

Cacing Gelang (roundworms) – berbentuk seperti silinder, bulat, berwarna dari putih hingga pink. Sering menyerang kucing terbiar (strays) melalui pemakanan seperti tikus. Mudah berjangkit pada kitten, melalui penyusuan.  Cacing dewasa boleh mencapai ukuran 15-35cm panjang.  Menyerang hati dan buah pinggang dan menyebabkan usus tersumbat. Boleh berjangkit pada manusia terutama pada kanak-kanak. Boleh dibinasakan dengan ubat anti parasit Selamectin.

Pergerakkannya terapong dan makan khasiat/nutrisi dari apa yg kucing makan.

Dalam kes2 biasa, bulu kucing kusam dan tiada simptom lain. Pada kes yg berat, kucing akan memuntahkan cacing, sembelit mahupun cirit-birit dan berlaku penurunan kadar sel darah merah (anemia).  Perut buncit dan mengelembung ke bawah.

Cacing gelang (roundworms)
Cacing Kerawit (Hookworms) –  bentuknya kecil, kurus dan berukuran kurang dari seinci. Mempunyai gigi untuk memudahkan mereka bergantung dan melekat pada dinding usus.  Hidup dengan menghsiap darah dan tisu dalam badan. Jangkitan cacing ini boleh menyebabkan kematian pada kucing jika tidak dirawat kerana ia menyebabkan kucing hilang darah yg banyak dan hilang selera makan. Mudah berjangkit pada kucing kerana boleh menembusi kulit seperti terpijak najis. Boleh menghasilkan 5,000-10,000 telur.  Agak sukar dikesan melalui najis. Larva cacing boleh menjangkiti manusia tetapi tidak berkembang ke peringkat dewasa. Ia menyebabkan iritasi, kegatalan dan radang kulit pada manusia.

Gambar Cacing Kerawit yang dibesarkan.. 

Gigi pada cacing kerawit yg menghisap darah dan tisu kucing
Cacing Cambuk (Whipworms) – berbentuk cambuk atau cemeti.  Kurus atau tirus di hadapan dan tebal di belakang.  Cacing dewasa berukuran 2-3 inci panjang. Melekat di dinding usus besar, makan darah. Lazimnya terdapat pada anjing.

Cacing Cambuk (Whipworms)

Simptom atau keadaan kucing kecacingan:

  • Kurus dan berat badan sukar naik
  • Sembelit mahupun cirit birit
  • hadirnya darah pada najis
  • Warna najis gelap dan hitam
  • Perut buncit, tak mahu makan atau terlebih makan,
  • Hilang berat badan walaupun makan dengan seimbang
  • Gusi pucat tanpa sebab, lemah
  • Bulu tidak berseri, kusam
  • Berlaku radang kulit terutama pada celah kaki (larva sedang bermigrasi)

Langkah2 pencegahan :

Rawat kutu kucing (jika ada) – Cacing juga boleh disebabkan oleh kutu yg bertelur pada badan kucing.  Ia berlaku apabila kucing menjilat ketika membersihkan badan mereka. Adalah penting kalau kita memberi ubat cacing pada kucing, kutu juga tiada pada mereka. Lebih baik kutu dirawat terlebih dahulu dan setelah beberapa hari kutu hilang, baru lah kita memberi mereka ubat cacing.

Beri ubat cacing – Menyingkir cacing pada kucing secara relatifnya mudah dan tidak mahal. Oleh itu lakukan rawatan berkala, kerana terdapat juga cacing yg begitu mudah berjangkit pada manusia.

Dos yang seharusnya diberikan pada kucing :

Usia 2-12 minggu – berikan dos setiap 2 minggu

Usia 4 -6 bulan – berikan dos setiap 1 bulan

6 bulan ke atas – berikan dos setiap 3 bulan

Bersihkan litter tray dengan betul – Litter tray atau bekas najis kucing jika tidak dibersihkan dengan baik tidak akan memutus atau membinasakan kitaran hidup cacing walaupun kucing telah diberi rawatan ubat cacing.
Pantau pemakanan kucing – Kucing outdoor atau indoor tidak terkecuali boleh dijangkiti cacing melalui pemakanan. Elakkan kucing dari mengejar/makan lipas dan tikus.  Elakkan dari beri makan makanan atau daging mentah pada kucing.

Antara ubat cacing di pasaran yg boleh digunakan :

Ubat cecair – Albomar (ubat haiwan)/Nemocid (ubat manusia)

0.2ml x1 kali sehari, untuk 3 hari (anak kucing baru cerai susu – 6 minggu)

1ml x 1 kali sehari, untuk 3 hari (kucing dewasa)

Ubat tablet/pil – Drontal, Worex, Prazivet Plus, Praziquentel, Pyrantel, Plozin (ubat haiwan) Zentel, Mebex (ubat manusia)

½ tablet x 1 kali, untuk setiap 45-60 hari (kucing dewasa)

(Sila maklum DC bukanlah Vet, apa yg dipaparkan hanyalah panduan semata-mata dan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Pemberian ubat seperti Drontal dan Worex adalah mengikut berat badan.  Pastikan anda tau berat badan kucing anda dan adalah lebih baik anda  rujuk dengan Vet yg bertauliah, dapatkan pandangan dan recommendation beliau) 

Psst! : Kecacingan pada kucing juga boleh dikesan dengan meneliti najis atau lendir  yg melekat pada permukaan dubur kucing.  So, belek lah dan bersihkan selalu 🙂 

RUJUKAN:

http://wiki.answers.com/Q/What_are_the_signs_and_symptoms_that_a_cat_has_worms

http://www.hartz.com/Cats/Health/Parasite_Protection/Intestinal_Parasites_and_Your_Cat.aspx

http://vetmedicine.about.com/od/diseasesandconditions/a/CW-FelineHookworms.htm

http://vetmedicine.about.com/od/diseasesandconditions/a/CW-Whipworms.htm

http://vetmedicine.about.com/od/parasites/f/FAQ_tapeworms2.htm

Kucing Persia Muntah

Kemarin anak kucing persia di rumah saya muntah, Muntahanya berwarna kuning gak tau sakit apa , dah di kasih obat anti biotik ,tetap saja masih muntah2, Tapi sekarang Alhamdullilah sudah sehat hanya dengan resep sederhana saja dan tentunya perawatannya juga mesti lebih exstra.

Cara – Caranya Perawatannya

Bahan-bahannya :

1. Nasi Bubur
2. Madu Asli
3. 1/4 Amoxcillin (anti biotik manusia di tumbuk jadi bubuk )
4. Nutri gel plus
5. Suntikan tanpa jarum.

1. Buat adonan bubur nasi yang sedikit encer kemudian di campur dengan madu asli plus amoxcillin bubuk sedikit saja amoxcillinnya.
2. kucing diberi asupan bubur dengan suntikan sedang,  kemudian di suntikan ke dalam mulutnya (suntikannya tidak menggunakan jarum).
3.Kalau dia sudah mulai sedikit nafsu makan lagi berikan lebih banyak asupan buburnya dengan madu saja tidak menggunakan amoxcillin.
4. Tambahkan nutri gel plus untuk kucing persia pada nasi bubur tadi kalau kucing sudah terlihat mau berjalan jalan
5 jangan di mandikan dahulu walau pun kucing kita kotor biarkan seperti itu saja dahulu sampai dia mau bermain lagi dan mau makan nasi sendiri baru bisa di mandikan

Itulah kiranya yang bisa saya berikan untuk para pecinta kucing persia hasil riset sendiri Heheeee
Semoga dapat membantu.