![]() |
| Pasir kucing jenis kayu/papan atau wood litter (yg DC jual) |
Kenapa pilih pasir kucing jenis kayu/papan (Wood litter)?
- Pasir kucing yg berasaskan tanah liat yg berkeupayaan menggumpal dan mengeras (clumping litters) bila ditelan (apabila kucing menjilat tapak kaki untuk membersihkannya) akan membentuk halangan dalam saluran usus dan pundi kencing kucing. Lapisan clay akan mengembang dan mengeras dalam usus, menghalang pengaliran cecair dan penyerapan nutrisi (intestinal blockages). Lapisan ini juga menyumbang kepada dehidrasi. (Rujuk artikel Clumping Clay Kitty Litters: A Deadly Convenience?)
![]() |
| Pasir kucing jenis clumping (mengeras, menggumpal) |
“There has been a rise in depressed immune systems, respiratory distress, irritable bowel syndrome, and vomiting (other than hair balls) among cats that I have seen in the past two years. All had one thing in common…a clumping product in their litter box. In several cases, simply removing the litter improved the condition of the cat.” (“Great Clumping Cat Litter—Is That Why Kitty is So Sick?” Healthy Pets—Naturally, April 1994.)
- Dari sudut Alam Sekitar, clay litter diperbuat dari proses perlombongan yg terdedah (strip-mining) dengan merosakkan permukaan bumi – menggondolkan beribu2 hektar tanah semata-mata untuk mendapatkan lapisan nipis yg dipanggil clay. Ini memberikan impak negatif kepada alam sekitar. Jika kita prihatin dgn persekitaran hidup kita, menggunakan pasir kucing jenis wood litter merupakan langkah terbaik.
![]() |
| Strip-Mining |
- Clay tidak menyerap bau sebaik pasir kucing jenis wood litter. Walaupun ia mampu menyerap kelembapan, jika tidak dibersihkan dengan kerap, air kencing mudah bertakung di bwh litter box. Bakteria dalam air kencing akan berganda dan menukarkan asid uric kepada bau ammonia yg kuat dan busuk.
- Pasir kucing selain dari jenis wood litter berat dan membersihkan litter box amat menyukarkan kerana ia boleh melekat dan melekit. Wood litter pula boleh bertukar menjadi ringan dan terapung (fluffy) selepas bersentuhan pada kelembapan seperti air kencing kucing. Tidak berair!
- Pasir kucing yang telah digunakan tidak boleh diguna semula mahupun biodegrade. (Apa itu biodegrade ye? ianya bermaksud keupayaan mereput dengan mudah tanpa merosakkan alam sekitar). Dengan wood litter yang telah dipakai, kita boleh guna semula (selepas proses pengeringan) pada pokok2 bunga dan tumbuhan lain. Wood litter, boleh mereput! (decomposed) dan merupakan produk biodegrade.
![]() |
| Di negara2 barat, mereka kitar semula wood litter dengan menambak tanah2 lembap.
Gambar menunjukkan wood litter dari sebuah cattery yang telah mereput |
- Kebanyakan pasir kucing berasaskan tanah liat atau clay mempunyai habuk silica. Ia merbahaya bukan sahaja pada kucing tetapi juga pada manusia kerana partikel habuk dari pasir ini boleh menyelaputi jantung yang menyebabkan masalah pernafasan (respiratory). Pendedahan yg berpanjangan terhadap silica mengakibatkan silicosis, iaitu sejenis penyakit bukan kanser tetapi kadang kala menyumbang kepada penyakit jantung. Kerajaan California menyenaraikan silica sebagai carcinogen yg berkaitan dengan sakit bronkitis dan TB. – Rujuk artikel – Breathing Silica
![]() |
| Pasir kucing jenis kristal |
- Pasir kucing jenis kristal (crystal) pula mahal harganya. Kencing kucing mudah bertakung pd dasar litterbox. Apabila kucing masuk balik litterbox, ada kala kucing terpijak air yg bertakung itu dan kemudiannya membasah lantai kita dgn pula. Bila kucing membersihkan tapak kakinya, sedikti sebanyak akan menjilat crystal tu. Bahan crystal itu merupakan silica based yg kita guna sebagai absorbent atau penyerap bau. Bahayanya? Rujuk lah point di atas. Fikirkan la sendiri..Bentuk crystal tu pula agak tajam permukaannya dan mungkin menyakitkan tapak kaki kucing. Malah kita pula kadang kala terpijak dgn crystal tu bila kucing merenjisnya ke lantai.
![]() |
| Menjilat atau membersihkan kaki selepas menggunakan litter box.
Bayangkan jenis pasir dan bahaya akibat menggunakannya.. |
- Wood litter murah berbanding dengan pasir kucing lain. NASIHAT: Walaupun terdapat label “flushable” pada packaging kebanyakkan wood litter, kita sebagai pemilik kucing dinasihatkan tidak membuang najis kucing atau flush wood litter yang telah digunakan ke dalam mangkuk tandas kerana penyebaran sejenis parasit halus bernama toxoplasmosis gondii dari najis kucing berpotensi memudaratkan haiwan di laut seperti memerang laut. Rujuk artikel – Parasites in Cats Killing Sea Otters.
![]() |
| Memerang laut (sea otters) |
Sebenarnya dalam mencari apa yg terbaik untuk haiwan kesayangan kita, sentiasalah pastikan ianya bebas dari sebarang pewarna, ejen pengering dan deodorizer yg merbahaya. Yg penting hendaklah berasaskan alam semula jadi seperti jenis wood litter.
Cara menggunakan Wood Litter
![]() |
| Double Layer Litter Box |
![]() |
| DC guna jenama CatIt seperti ini |
Bagaimana nak perkenalkan Wood Litter Pada Kucing?
Mudah kan?
Tambahan bacaan:
Sekadar santapan ilmu, ketika buat research DC terserempak dgn artikel ini – Wood-based litter protects against Marek´s Disease virus..
Berminat? Dapatkan wood litter di Catlicious-Littleshop.blogspot.com












